Tuesday, February 3, 2009

Tiada Yang Lain

We went on the emergencyLANE


Kakiku terus melangkah tanpa kenal erti putuus asa. Telah banyak tempat aku menetap, telah banyak negeri aku temui dan telah banyak orang aku kenali.. Namun aku tetap bersama kamu. Kita akrab walaupun banyak pertelingkahan berlaku, kita masih bertolak ansur, kita memaafi sesama kita dan kita teruskan perjalanan hidup bersama. Tidak dinafikan, kita tidak berkongsi permainan kegemaran, sukan kegemaran, atau muzik kegemaran misalnya. Namun, dalam lubuk hati kita, kita masih mampu menerima perbezaan ini dan terus bersabar dan melakukannya bersama.

Indahnya dunia jika semua seperti kita kan? Tolak ansur sesama manusia dan jalinan ukhuwah yang sangat kental dapat menepis segala unsur-unsur jahat yang cuba diterapkan oleh mereka yang dengki dengan keharmonian yang kita kecapi. Aku sering terfikir, kenapa kita tak selalu berterus terang? Benar jika berterus terang, mungkin persahabatan yang kita jalinkan ini akan musnah sekelip mata. Tapi tidak pernah wujud dalam perasaanku bahawa kita akan hancur atau putus. Percayalah adik-beradikku.

Tentera berdisiplin, begitu juga kita. Kita tak perlukan komander untuk memberi arahan, kita tak perlukan "siren" untuk mengejutkan kita. Atas keperihatinan dan tolak ansur, kita dapat berjumpa pada waktu yang ditetapkan, namun ada juga yang mempersoalkan ketidakhadiran atau kelewatan segelintir kita. Ah! itu mudah sahaja, hadirkan diri pada hari yang berikutnya, mesti semua lidah menjadi kelu dan seterusnya bergelak ketawa sambil memegang daun terup.

Ong Bak 2 pada hari sabtu yang lalu tidak dapat ditonton kerana beberapa perkara sepertik kekurangan korum, kelewatan, dan sudah ditonton. Oleh itu, Paie dengan hati yang pilu terpaksa menerima keputusan sebulat suara. Paie, nanti pergilah ke panggung wayang bersama "scandal"mu. Mungkin "scandal"mu dapat belajar Muay-Thai serba sedikit untuk memberi tunjuk ajar jika kamu tertangkap mencipta "scandal" baru kelak.

Razhues pernah terdengar cerita dari seseorang, Anahiatta tentang rakan-rakannya di Universiti Mulia. Terdapat seorang pelajar perempuan bernama Annie yang berang dengan rakannya Allie kerana telah bercumbuan dengan kekasihnya (Annie) bernama Aimar. Tindakan jujur yang bodoh yang dilakukan Aimar (yang berjantina bukan seperti anda sangka) mungkin akan mencetuskan pergaduhan yang besar kepada "Gang KingMeYah" tersebut. Aku yakin, kita tidak akan melakukan kesilapan seperti mereka. Telah banyak perkara yang telah terjadi kepada GKMY tersebut. Persahabatan antara mereka retak, kepercayaan antara mereka telah punah, keharmonian telah lesap. Jangan kerana 1 "ampere", hilang dekan.

Gay bukanlah gaya hidup kita, begitu juga lesbian. Oleh itu, bersama-sama kita teruskan usaha selama ini untuk mencari teman hidup yang diterima agama dan keluarga serta kita semua. Teruskan usaha anda! Buatlah pilihan sebaik mungkin. Titian hidup tidak patut habis tanpa sebarang kepuasan. Jumpa lagi jika diberi rezeki oleh yang Maha Esa. Tidak lekang dari menyebut nama-namamu di dalam doaku. Hanya kita menjadi rakan sejatiku. Sebab itu aku keseorangan disini.

Razin ( Budak Emosi )

4 comments:

Unknown said...

disebabkan blog ni takde chat box, maka kena comment dekat post.

hehe.

gambar ajin yang edit kat sebelah ni smart!!
photoshop yeh?

Anonymous said...

a'ah.. photoshop.. tp kadang2 nmpk cm bendera america lak.. >.<

Unknown said...

hahaha aah ada laa sikit2.
tp still smart!
yang cam dekat ngn matahari tu guna apa?
yang macam signature tu.

Anonymous said...

woah~ cite ape ni jin?
lyas

Post a Comment